Saya diminta tulis sijil untuk anak-anak sekolah Pasti. Jadi semua nama kena tulis dalam Jawi. Saya pakai pen Khat mata besi. Tuan puan, secara adatnya nama-nama orang Melayu diambil dari nama Arab. Jadi kita kena eja ikut kaedah asal dalam Bahasa Arab supaya nama tu ada maksud. Walaupun ejaan dalam ruminya kita modenkan. Contoh nama Qadeeja, tak dieja قاديجا. Tapi kita eja خديجة, sebab ia diambil dari nama Khadijah yang dimodenkan ejaannya jadi Qadeeja. Amiruddin. Salah kalau kita eja اميروددين. Betul-betul jawi kan. Tak membawa maksud apa-apa. Yang tepatnya adalah أميرُالدِّين. Bermaksud Ketua Agama. Sama juga kalau namanya Radzi atau Rodzi. Dalam jawi ia tak dieja ردزي. Takda maksud. Tapi dieja راضي (Yang Redha). Contoh lain, Hawa Sakinah, mungkin ada yang eja حاوا ساكينه. Tapi yang sebetulnya, حواء سكينة. Etimologinya Hawa bermaksud “Hasrat / Keinginan / yang hidup”. Sakinah pulak maksudnya “Kebahagiaan”. Aleeya, ramai yang eja اليا. Tapi ikut ejaan yang ada maksud, علية, “Ditinggikan”. Ini yang paling selalu kita jumpa, Nurul Huda. Salah ye kalau kita eja نورول حودا. Yang tepat kena eja gini, نورالهدى, “Cahaya Petunjuk”. Adapun nama-nama yang bukan dari kata nama Arab, tapi secara adatnya orang Melayu biasa guna, eja saja dalam jawi biasa ikut akronim. Contoh “Amirul” je seketul, maka kita eja اميرول. Memodenkan ejaan rumi nama anak untuk bagi sedap sebut, nampak cantik dan comey dalam kad pengenalan, boleh saja. Asalkan kita maklum ejaan jawinya ikut kaedah asal dalam Bahasa Arab. Saya kalau tak jumpa ejaan asal dalam Arab, saya akan tulis jawi ikut kaedah akronim lah. -Rosyaimirul Menulis Khat Jawi #jawi #tulisanjawi #khat #calligraphy #namajawi
Tulisan tangan surah Al-Kahfi ayat 1-10. Tulis satu lembaran muka surat pun lama nak siap. Tak boleh bayang kalau satu mushaf Al-Quran. Macam arwah adik Nurly Shahirah. Penuh tekun sampai siap satu naskhah 30 juzuk bersama hafazan. Subhanallah. Mari lazimkan hari Jumaat dengan baca surah Al-Kahfi ayat 1-10. Kalau boleh hafal ingat, lagi bagus. #khat #calligraphy #decoration #jawi #