Bermula 1 Julai 2025, semua kenderaan asing dari Singapura yang memasuki Malaysia melalui pintu sempadan darat diwajibkan mempunyai Permit Kemasukan Kenderaan (VEP). Mana-mana kenderaan yang tidak mendaftar atau mengaktifkan VEP akan dikenakan saman serta-merta. JPJ akan mengeluarkan saman RM300 kepada pemandu yang gagal patuhi peraturan ini. Bayaran hanya boleh dibuat tanpa tunai melalui kaunter JPJ, JPJ Mobile atau platform dalam talian. Selain bayar saman, pemandu juga perlu lengkapkan pendaftaran VEP sebelum dibenarkan meninggalkan negara. Langkah ini adalah kesinambungan daripada fasa advokasi yang bermula sejak Oktober lalu. Kini tiada lagi notis peringatan. Pelaksanaan VEP akan dikuatkuasakan sepenuhnya di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. #jpjmalaysia #malaysia #saman #singapore
Lenovo baru sahaja perkenalkan kamera kompak pertama mereka, Lenovo C55. Fokus utama? Vlogging. Dengan saiz kecil dan harga bermula sekitar RM294, kamera ini tampil dengan pelbagai mod rakaman seperti video 4K, timelapse dan slow motion. Lenovo C55 dilengkapi skrin LCD 2.8 inci, sensor 64MP Sony CMOS, cahaya O-ring terbina dan penstabil imej elektronik. Ia juga menyokong zum digital sehingga 18 kali. Namun, masih tiada maklumat jelas tentang panjang fokus lensa. Buat masa ini, C55 hanya dijual di China. Tapi langkah ini menunjukkan Lenovo mungkin serius mahu masuk ke pasaran kamera bajet, khususnya untuk pencipta kandungan yang baru bermula. #camera #Vlog #lenovo
Kalau nak feel macam X200 Pro tapi versi lagi kompak dan solid. X200 FE ni memang mengancam habis. Meh sini layan hasil kualiti SOOC X200 FE ni. 🔥 #vivo #X200FE #camera
Mulai Oktober 2025, had laju untuk bas dan lori bukan lagi sekadar papan tanda. Ia akan dikawal secara automatik. JPJ akan laksanakan penguatkuasaan Speed Limitation Device (SLD) secara berperingkat ke atas semua kenderaan perdagangan seperti bas ekspres, bas persiaran dan lori berat. SLD ialah peranti khas yang hadkan kelajuan maksimum kenderaan secara sistematik. Antara langkah utama termasuk pengesahan fungsi SLD setiap dua tahun, pengaktifan sistem sedia ada dalam ECU bagi kenderaan lama, serta pemasangan retrofit bagi kenderaan tanpa SLD bermula Julai 2026. Semua dokumen perlu dibawa dalam kenderaan untuk tujuan penguatkuasaan. #news #malaysia #wisermy
Apple bakal hentikan penggunaan nombor versi seperti iOS 19. Mulai tahun ini, sistem operasi mereka akan dinamakan mengikut tahun, contohnya iOS 26, iPadOS 26, macOS 26, watchOS 26 dan visionOS 26. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan penjenamaan antara semua sistem dan mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna serta pembangun aplikasi. Perubahan besar ini dijangka diumumkan pada acara WWDC 25 yang bermula 10 Jun. Ia juga dikaitkan dengan pelan reka bentuk semula seluruh sistem dalam ekosistem Apple. #ios #apple #iphone
Starlink kini perkenal pelan internet yang lebih mampu milik untuk pengguna di Malaysia. Pelan baharu Kediaman Lite ditawarkan pada harga RM129 sebulan, dengan kelajuan muat turun antara 25 hingga lebih 150 Mbps, dan muat naik sekitar 5 hingga lebih 25 Mbps. Data tanpa had turut disediakan untuk kegunaan di rumah. Walaupun langganan bulanan lebih rendah, pembelian Kit Starlink Standard masih diperlukan pada harga RM1,600. Jumlah bayaran awal termasuk pelan bulan pertama adalah RM1,689. Pilihan menarik untuk yang perlukan internet satelit dengan bajet lebih rendah. #starlink #elonmusk
Pixel dah rasmi di Malaysia, tapi kenapa ramai masih tak tertarik? Lepas bertahun-tahun tunggu, Pixel 9 series akhirnya masuk secara rasmi. Tapi bila tengok sambutan… sunyi je. Harga tinggi (RM3,999–RM5,699), tapi servis belum mantap. Tak ada pusat servis rasmi, dan strategi pemasaran pun suam-suam. Orang banding dengan jenama lain – Apple lebih stabil, Samsung lebih trusted, Xiaomi/Vivo bagi kamera power. Cip Tensor pun ramai anggap tak cukup power untuk harga macam tu. AI? Sekarang Samsung pun ada. Soalan sekarang: kalau Google nak serius di Malaysia, cukup tak dengan hanya bawa masuk phone? #googlepixel #pixel #malaysia #smartphone
TikTok umum ciri baharu yang beri lebih kawalan kepada pengguna untuk tentukan apa yang muncul dalam feed 'For You'. Melalui fungsi Manage Topics, pengguna boleh pilih topik seperti sukan, hiburan, pelancongan dan banyak lagi, dan laraskan kekerapan video berkaitan yang ingin dilihat. Tetapan ini bantu algoritma ikut perubahan minat pengguna dari semasa ke semasa. Ciri Smart Keyword Filters pula kini dipertingkat dengan teknologi AI. Ia bukan saja tapis kata kunci yang dimasukkan, tapi juga kenal pasti perkataan berkaitan seperti sinonim dan variasi ejaan. Had kata kunci juga ditambah kepada 200, membolehkan pengguna tapis lebih banyak kandungan yang tidak diingini. TikTok turut memperkenalkan panduan interaktif untuk bantu pengguna faham cara algoritma berfungsi dan cara menyesuaikan kandungan dengan lebih berkesan. Semua ciri ini sudah tersedia untuk semua jenis akaun, termasuk pengguna remaja dan dewasa. #tiktok #fyp #managetopics #malaysia
Rekaan baharu, Liquid Glass, Apple Intelligence, Live Translation, Hold Assist… iOS 26 bukan sekadar nombor baru — ini upgrade yang betul-betul rasa next-gen. #ios26 #apple #wwcd2025
Sony sah tidak lagi hasilkan sendiri telefon flagship Xperia. Bermula dengan model Xperia 1 VII, semua peranti akan dikeluarkan oleh OEM luar, bukan lagi dari kilang milik Sony seperti sebelum ini. Langkah ini dibuat untuk jimat kos dan kekal bersaing dalam pasaran yang makin sengit. Tapi ia timbulkan persoalan dalam kalangan peminat setia Xperia, terutama dari segi kualiti dan identiti jenama. Buat masa ini, belum diketahui siapa OEM yang akan ambil alih. Yang pasti, peminat harap Sony kekalkan standard dan rasa premium yang dah jadi identiti Xperia selama ini. #xperia #sony #flagship #smartphone
Pernah tertanya apa bonggol hitam di hujung kabel tu? Benda kecil ni sebenarnya lindung peranti kita dari gangguan gelombang elektromagnet. Swipe infografik untuk tahu peranan sebenar Ferrite Bead dalam dunia digital harian kita. ✌🏼
Satu kajian terbaru dari MIT mendedahkan sesuatu yang mengejutkan. Dalam ujian selama 4 bulan melibatkan 54 peserta, pengguna ChatGPT menunjukkan tahap aktiviti otak yang jauh lebih rendah berbanding mereka yang menulis esei secara manual atau menggunakan Google. Sambungan antara bahagian otak mereka merosot hampir separuh, seolah-olah komputer hilang separuh kuasa proses. Lebih mengejutkan, 83 peratus daripada mereka gagal mengingati isi esei yang mereka sendiri hasilkan. Guru yang menilai kandungan tersebut menggambarkannya sebagai cantik di luar tapi kosong di dalam. Tak ada jiwa, tak ada pengalaman sebenar, hanya sekadar susunan ayat yang sedap dibaca. Fenomena ini dinamakan “hutang kognitif” iaitu bila otak jadi pasif kerana terlalu bergantung pada AI. Namun bukan semua gelap. Individu yang sudah kukuh asas pemikirannya, bila guna AI secara bijak, menunjukkan peningkatan sambungan otak. Isunya bukan AI itu sendiri tetapi bagaimana kita menggunakannya. ChatGPT bukan alat salin tampal, tapi sepatutnya dipakai untuk rangsang idea, bukan gantikan fikiran kita. #chatgpt #ai #wisermy
Bayangkan kamera gergasi yang boleh rakam 3.2 bilion piksel dalam satu gambar. Itulah Vera Rubin Observatory, teleskop paling canggih di dunia yang baru saja berjaya rakam imej pertamanya dari angkasa. Terletak di Banjaran Andes, Chile, teleskop ni akan imbas langit setiap malam selama 10 tahun untuk hasilkan peta alam semesta paling besar pernah wujud. Dalam ujian awal, kamera ni gabungkan 678 gambar dalam masa 7 jam dan hasilkan imej mega sebesar 5 gigapiksel. Hasilnya? Nebula Trifid dan Lagoon kelihatan dengan butiran halus yang sebelum ni tak pernah manusia nampak. Teknologi ni juga dijangka kesan berjuta asteroid dan objek langit yang dulu tersembunyi dari pandangan. Semua data ini akan jadi sebahagian daripada projek gergasi bernama LSST. Saintis seluruh dunia bakal guna maklumat ni untuk cari jawapan tentang tenaga gelap, bahan gelap, dan asal usul alam semesta. Semua bermula dengan satu gambar pertama, dari satu kamera gergasi. #galaxy #camera #interstellar #news
Replying to @awangmirza Sekarang dah nak sampai 1 nanometer. Tapi... apa jadi lepas tu? Cip makin kecil, tapi hukum fizik makin ketat. 🤔 #nanometer #chipset #wisermy