Laungan azan bukanlah sekadar makluman kepada seluruh umat Islam yang sudah masuknya waktu solat. Azan yang berkumandang juga memberi mesej mengenai kebesaran Allah SWT dan tanggungjawab menunaikan solat sehingga kita sentiasa diseru setiap waktu untuk melakukan ibadah wajib berkenaan. Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh seorang guru yang berkongsi azan berkumandang yang dilaungkan oleh salah seorang anak muridnya. Menerusi video yang dikongsikan oleh Sir Az yang juga seorang guru subjek Kimia di sebuah sekolah Maktab Rendah Sains Mara, dia sering ternanti-nantikan laungan azan dari pelajar berkenaan. Meskipun tidak mengenali siapakah pelajar tersebut namun kedengaran laungan azannya begitu merdu dan mempunyai alunan yang sedikit berbeza namun lembut. Cikgu berkenaan merakamkan suasana dari luar surau sambil mendengar dari awal azan berkumandang sehingga pelajar itu selesai. Melihat di ruangan komen, ada yang menyifatkan alunannya itu seperti syair Abu Nawa. Tidak kurang juga ada yang memuji kemerduan suara pelajar lelaki itu melaungkan azan. Malah ada yang mengatakan laungan azan pelajar itu menusuk kalbu mereka yang mendengar. 📹: TT/ sir.a.z.h 🖊️: Afifa 🔍: Faez ✂️: Ulya ⬆️: Naili
Kalau cerita bab ubahsuai kereta ini, ramai rakyat Malaysia yang gemarkannya hingga pelbagai jenis modifikasi dilakukan. Ada yang suka menukar lampu kereta agar nampak lebih bergaya dan ada pula menukarnya demi tujuan keselamatan agar pemanduan pada waktu malam lebih terang. Namun, tak semua lampu kereta yang korang tukar atau pasang itu dibenarkan oleh JPJ tau, ada sesetengah lampu dilarang kerana boleh menyebabkan pemandu lain menjadi silau dan sebagainya. Berikut jenis lampu kereta yang tak dibenarkan oleh JPJ memetik Carsome: •Lampu kereta jenis HID - Lampu High Intensity Discharge (HID) atau lampu putih yang dipasang secara aksesori (retrofit) dengan kuasa yang melebihi standard dan spesifikasi yang ditetapkan adalah big NO! •Lampu berkelip – Penggunaan aksesori lampu tambahan yang berkelip-kelip selain lampu signal kereta juga adalah tidak dibenarkan. Ia bukan sahaja akan mengelirukan pemandu lain, malah ia juga akan mengganggu fokus pengguna jalan raya kerana menyebabkan silau sekaligus meningkatkan risiko kemalangan. •Lampu kereta smoked atau lampu digelapkan – Haa yang ini ramai buat kan? Gelapkan lampu supaya nampak lagi sporty. Modifikasi ini tidak dibenarkan kerana boleh menyebabkan kadar keterlihatan lampu berkurangan dengan drastik terutamanya semasa anda menekan brek, menggunakan signal dan sebagainya. •Lampu spotlight kereta – Pemasangan lampu sportlight kereta hanya dibenarkan bagi kenderaan jenis 4x4 untuk digunakan semasa aktiviti off-road sahaja. Lampu ini hendaklah ditutup apabila kenderaan digunakan di atas jalan raya. •Lampu mata arah (Beacon light) – Kenderaan persendirian tidak dibenarkan sama sekali menggunakan lampu beacon kerana boleh disalahguna oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Menggunakan lampu kereta yang betul dan sesuai penting agar anda boleh dilihat dengan jelas oleh pengguna jalan raya yang lain. Tak salah nak ubahsuai kereta, tapi ikutlah peraturan yang telah ditetapkan oleh JPJ. 🖊️: Hairy 🔍: Faez 🎨 : Faez